KUALA PILAH: Akibat bermain mercun jenis 'Di Boom', seorang pelajar tahfiz mengalami kecederaan serius di jari tangan kanannya dalam kejadian di taman perumahan Rumah Rakyat Senaling, Kampung Batang Pilah, malam tadi.
Mangsa, Che Jum Che Harun, 13, ketika kejadian leka bermain mercun bersama adik dan rakannya, cedera teruk pada ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam di hadapan gelanggang sepak takraw berhampiran rumahnya, apabila mercun 'Di Boom' yang dipegang mangsa meletup sebaik sumbu nyalakan.
Menurut ibunya, Suriati Ismail, 33, anaknya baru pulang dari surau selepas menunaikan solat Maghrib kemudian bertemu dengan rakan-rakan untuk bermain mercun yang dipercayai stok tahun lalu sambil menunggu waktu untuk solat Isyak.

#info dari myMetro
*artikel disiar 4 ogos 2013
Best regards,
zalia takrun
zaliakity@gmail.com
http://zaliakitty.blogspot.com
zaliakity@gmail.com
http://zaliakitty.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment